HOT NEWs

Monday, December 27, 2010

LAGU D'Bagindas DI CIPLAK DARI MALAYSIA ( katanya sih....)


KUALA LUMPUR
Setelah hampir 20 tahun XPDC berada di persada seni, telah banyak pahit manis serta ranjau duri yang mereka tempuhi seperti pertukaran anggotanya bersilih ganti, kini setelah12 tahun mereka kembali bersatu… bukan satu jangka waktu yang singkat untuk dinantikan. Namun kalau sudah ketentuannya begitu apalagi yang dapat dilakukan. Sejarah akan tinggal sebagai satu sejarah. Yang baik jadi tauladan yang buruk disempadankan.

Begitulah yang terjadi kepada kumpulan XPDC. Pelopor muzik ‘Heavy Metal’ Malaysia ini.
Demi satu perjuangan, kini mereka bergabung semula…BERSATU kepada yang asal untuk peminat-peminat ‘brutal’ mereka.

IZO pemain gitar, ZUAR – bass, AMY – dram, dan MAEL sebagai penyanyi utama…inilah yang dirindui peminat mereka. Kombinasi yang ada karismanya tersendiri.

Kali terakhir mereka bersama adalah pada tahun 1997, di kala penerbitan album keempat mereka, BRUTAL yang masih berbisa hingga ke saat ini.

Menyentuh tentang album terbaru XPDC,“RASOPARISO” akan memaparkan lagu-lagu baru XPDC yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Ballad, Moderate, dan 60’s / A go-go.

Keempat-empat konsep ini adalah konsep-konsep muzik yang pernah menaikkan nama XPDC dipersada muzik tanahair. Elemen kombinasi ini sebenarnya datangnya dari 4 album mereka sebelum ini iaitu album: Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, & Brutal yang digabungkan dalam album penyatuan semula mereka ini demi menyempurnakan kerinduan peminat mereka.

“RASOPARISO” juga adalah kesinambungan bagi album “ROCK UNION” yang telah diterbitkan dan dipasarkan pada tahun 2008. Album tersebut adalah terbitan bersama Life Records dan EMI Malaysia.

Antara lagu-lagu yang bakal berada di dalam album terbaru XPDC – Rasopariso ini pula ialah:

1. Rasopariso (reggae rock)
2. Aku Tetap Aku (ballad)
3. NtahyeNtahtidak (Moderate)
4. Sana Sini Sama Saja (Heavy Metal)
5. Rasa (ballad)
6. Sampai Bila (Heavy Metal)
7. Puing Cinta (60’s)
8. Curahan Rasa (moderate ballad)
9. Menentang Arus (moderate ballad)

Manakala ada 4 lagu ‘Headbang’ yang diambil dari albu terdahulu XPDC yang telah di master kembali dimasukkan dalam album ini selain VCD Kronologi XPDC sebagai bonus kepada peminat setia XPDC. Lagu tersebut iaitu :

- Raja Kertas
- Talam Dua Muka
- Bahalol
- Tak Nak Jadi Soh Chai

“RASOPARISO” bermaksud budi-baik. Ianya cukup sesuai dengan tujuan gabungan dan album mereka ini yang mana tidak lain dan tidak bukan menjadi buah tangan mereka untuk industri muzik tanahair dan juga peminat-peminat XPDC sendiri.

Album dan gabungan ini juga sebagai satu balasan yang diterjemahkan sebagai satu penghormatan buat Allahyarham Zul Adnan atau lebih dikenali sebagai J.S Kevin. Individu yang menamakan kumpulan ini sebagai XPDC. Disamping menjadi penerbit eksekutif bagi kumpulan ini, Allahyarham jugalah yang banyak mengubah lagu & lirik berhantu kumpulan ini.

Album RASOPARISO yang diterbitkan oleh kumpulan XPDC sendiri telah pun menjengah pasarannya pada 6 November 2009. Yang menariknya album ni telah pun dijual 50,000 unit dalam masa 1 minggu. Yang pasti peminat muzik tempatan mahupun warga Indonesia yang bekerja di sini yang amat meminati XPDC melariskan jualan tersebut. Banyak kedai CD telah kehabisan stock. Apa yang pasti, Mael, Izo, Zuar dan Amy akan bergerak semula sebagai XPDC Reunion untuk memanaskan kembali suasana industri muzik tanahair. Dijangkakan juga mereka akan membuat sebuah persembahan istimewa di atas gabungan semula dan penerbitan album terbaru ini.


nampaknya muzik indon telah dipijak2.. indon di sini memang fanatik sama xpdc.. tiket fun fair memang selalu sold out krn ramai org indon yg tengok..


indon mana tahu mengerti pasal muzik.. hanya tki di sini yang mengerti. nampaknya tki sudah tidak minat sama band2 lembik indon.. leleh memanjang..


XPDC berjaya memegang tunggak industri muzik era 90 ;an sebagai kumpulan rock tanahair yang unggul selepas kumpulan SWEET CHARITY untuk era hujung 70an dan selepas keunggulan kumpulan SEARCH untuk era 80an.

hahahahahaha.. cayalah lu... indon ni kalau pergi pasar akan berpakaian serba hitam & ada logo xpdc pada topi, baju, seluar, kasut & spendernya sekali.. lagu sesuai utk indon ni hamba abdi & bahalol..

ada yg tau XPDC?? kena jadi kuli di sini dulu bro baru lu kenal XPDC..

BLOGGROL

 
This Blog is proudly powered by joe_higashie Corp. | Template by sahala tua situmorang